62 research outputs found

    Pembinaan individu berdasarkan falsafah rukun Islam

    Get PDF
    Falsafah Rukun Islam, berkait dengan Iman dan Ihsan sehingga memberikan kesan terhadap pembinaan individu kepada perubahan kebaikan di dunia dan di akhirat. Kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kurang penghayatan terhadap pengamalan rukun Islam. Rukun Islam hadir bertujuan memandu manusia dalam melaksanakan tujuan hidup sebagai Abid dan Khalifah di atas muka bumi ini dengan tersusun dan memberi kesan perubahan sekeliling. Kefahaman makna terhadap kesaksian syahadah, pengamalam Ibadah yang syumul pada solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji memberikan dampak kepada perubahan individu muslim yang menyeluruh sehingga perubahan tersebut memberikan kesan kepada sebuah keluarga, masyarakat dan Negara seperti yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah SAW. Rujukan yang digunakan dalam kajian ini, sepenuhnya menggunakan kaedah kualitatif, bersumberkan pencarian keperpustakaan terhadap kitab-kitab dan bahan ilmiah. Justeru, kajian ini di harapkan dapat memberikan konsep dan falsafah rukun Islam secara mendalam berdasarkan perkaitannya terhadap Islam, Iman dan Ihsan

    Teaching aqidah: Islamic studies in Malaysia

    Get PDF
    It is widely agreed that Malaysia will achieve sustainable prosperity when its citizen live together in harmony. Moreover, a good society derives from good families and good families derive from righteous individuals who transmit insight that builds good character. In Islam, the transmission of this insight is called aqidah (belief system), which continually plays an active role in the enhancement of personal accountability. This study took a qualitative approach using personal interviews to determine methods used to teach aqidah in Malaysia. Findings revealed four methods including multimedia, slide presentations, group discussions and teacher didactics

    The realisation of covering ‘aurat among the successful women in Malaysia

    Get PDF
    Among the conditions prescribed to working women is that they must perfectly cover themselves whenever they are at their working place. However, Muslims today are ‘haunted’ with a dilemma that influenced the thinking of whether to defend the Islamic laws or make changes to suit modernization. Thus, the involvement of women in the employment field to enhance the economic transformation clearly needs guidance and the right inspiration based on the Islamic law. Data were collected through qualitative design using in-depth interviews and analysis of documents involving past literatures and views of the contemporary scholars. In-depth interviews were conducted with women of higher grade in public sector, specifically grade 54 and JUSA. Supporting data of this study involved interviews with husbands, children, employers and colleagues to create a triangulation data. The findings of the study was analysed thematically using Nvivo 7.0 software

    Tamadun India dalam Sains Islam

    Get PDF
    Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan pengaruh Tamadun India dalam Sains Islam yang mana Tamadun India adalah antara tamadun yang awal ditemui oleh para pengkaji dan sejarawan. Tamadun India juga banyak meninggalkan pengaruh yang besar dalam perkembangan Islam dan sebagai asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai cabang ilmu hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaatnya. Antara asas cabang ilmu daripada Tamadun India meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala bidang teknologi pencapaian tamadun ini diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan. Bukan sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan para ilmuan islam terdahulu akan bangkit semula sebuah masyarakat yang terus mencintai ilmu dan meyebarkan bagi memberi manfaat bersama

    Kemunduran Umat Islam dalam Sains dan Teknologi

    Get PDF
    Umumnya, umat Islam mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dibuktikan dengan sumbangan hebat para sarjana Islam seperti al-Khawarizmi, al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Haitham dan ramai lagi dalam pelbagai bidang ilmu. Walau bagaimana pun, kegemilangan ini mengalami zaman kemunduran atau kemerosotan disebabkan faktor yang tertentu. Antaranya termasuk corak pemikiran umat Islam, perpecahan, perluasan kuasa dan penjajahan serta kebergantungan kepada kuasa besar. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh unsur Kolonialisme, sistem pemerintahan, sistem pendidikan serta ekonomi umat Islam

    Pendidikan Anak-Anak dalam Keluarga: Peranan Ibu Bapa

    Get PDF
    Anak-anak merupakan komponen yang penting dalam sesebuah keluarga. Kewujudan mereka memerlukan perhatian dan juga penerapan nilai positif bagi memastikan mereka melangkah ke alam dewasa bukan sahaja dilengkapi dengan segala keperluan duniawi, tetapi juga dilengkapkan dengan keperluan rohaniah agar dapat berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Tanpa didikan yang rapi, anak-anak akan menghadapi pelbagai masalah untuk menghayati dan mempraktikkan nilai akhlak dan moral yang tinggi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan tentang golongan ibu bapa yang memainkan peranan yang penting dalam memberikan didikan yang sempurna dan memastikan keperluan rohaniah khususnya diterapkan seawal mungkin dalam diri anak-anak. Dalam hal ini, konsep dan falsafah Islam merupakan antara intipati yang perlu dijadikan pedoman agar agar anak-anak berada pada landasan yang betul dan tidak mudah tersasar dari jalan kebenaran

    Anak Angkat Sebagai Pilihan bagi Keluarga Tanpa Anak

    Get PDF
    Isu pengambilan anak angkat sebagai pilihan keluarga tanpa anak bukan merupakan isu baru dalam kalangan masyarakat. Malahan ini merupakan satu alternatif yang boleh diambil oleh mereka bagi memenuhi impian untuk memiliki anak. Ketiadaan anak kandung tidak sepatutnya merencatkan keceriaan dan kebahagiaan setiap pasangan yang berumahtangga. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai cara dan ikhtiar lain untuk mendapatkan zuriat jika penggunaan sains dan teknologi terkini tidak berhasil. Antara usaha lain yang boleh dilakukan oleh pasangan yang kurang bernasib baik ini ialah dengan menjadikan anak angkat sebagai anak mereka sendiri walaupun dari segi syarak membuktikan DNA mereka bukan dari darah daging mereka sendiri. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas cara-cara pengambilan anak angkat yang sah di sisi undang undang Malaysia. Selain itu, hukum berkaitan pengambilan anak angkat, pewarisan harta pusaka dan cabaran yang timbul dalam mengambil anak angkat juga turut dibincangkan dalam kertas kerja ini. Kajian ini adalah bersumberkan daripada jurnal, buku, laman web rasmi kerajaan serta makalah ilmiah

    Media Sosial dan Perpustakaan Menurut Islam

    Get PDF
    Arus kemodenan ini memberi impak tertentu dalam kehidupan kita seperti komunikasi efektif bersama keluarga dan banyak lagi. Begitu juga dengan perpustakaan yang turut menerima impak yang tertentu akibat kewujudan media sosial. Dalam hal ini, masyarakat haruslah memahami dan peka terhadap kebaikan dan keburukan yang dibawa oleh media sosial terutamanya kepada institusi perpustakaan. Kertas kerja ini mengutarakan beberapa kesan dan keburukan yang timbul akibat media sosial dan ingin menekankan tentang pentingnya membaca dan mencari ilmu di perpustakaan. Objektifnya adalah untuk menanam kepentingan perpustakaan dalam jiwa pembaca. Melalui kajian ini, didapati bahawa terdapat banyak isu yang boleh dikaitkan antara media sosial dan perpustakaan. Secara umumnya, kedua-dua platform tersebut mempunyai banyak ilmu yang boleh ditimba. Namun demikian, isu kesahihan maklumat juga perlu diberi perhatian dalam membincangkan isu media sosial dan perpustakaan ini. Terdapat juga impak tertentu terhadap masyarakat yang berkait dengan media sosial dan perpustakaan

    Pra-Sekolah Menurut Perspektif Islam

    Get PDF
    Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang amat penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu dan bapa. Menurut perspektif Islam, anak-anak perlu diberi pendidikan sejak berada dalam kandungan ibunya lagi. Hal ini amat penting bagi menjamin pertumbuhan dan pembesaran anak-anak yang seiring dengan kehendak Islam. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam. Metod yang digunakan dalam kajian ialah berbentuk kajian perpustakaan dan kajian dokumentasi. Hasil kertas kerja ini akan memperjelaskan tentang bimbingan introduksi bagi kanak-kanak berdasarkan kitab suci al-Quran dan sunnah serta pendapat tokoh-tokoh terhadap pendidikan awal kanak-kanak secara terperinci. Dalam hal ini, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan kerajaan harus bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing ke arah memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak dengan memastikan generasi akan datang mampu mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

    Faktor sokongan individu terhadap kecemerlangan wanita bekerjaya dan berumah tangga

    Get PDF
    The world today witnesses a significant increase in the needs of women engagement in the workforce, particularly in successful economic transformation of the country. Women today are not only seen as a support group, but also as decision makers; in line with the government's aspiration. Thus, women today need the right inspiration based on Sharia in achieving success in their careers and households. Data were collected through qualitative design using in-depth interviews of women working JUSA (VK7) in the public sector and document analysis involves fiqh books, journals, papers and documents of the study participants as data support. Interview support data also includes the interviews of husbands, children, employers and colleagues to create a triangulation of data. The findings were analysed using Nvivo 7.0. This research has produced models of supporting factors in the success of career women and homemakers that involves skills that is essential and individual supporting factors
    corecore